Tuesday 29 May 2012

TAKRIF ISTILAH LOGO

            Menurut Levenson(1995) logo ialah `a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identify a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material`. Pimentel(1997)pula menyatakan reka bentuk logo `provide a quick visual short hand for all the meaning, associations and equity associated with a brand`. Hassan Mohd Ghazali(2000) pula menyatakan logo ialah lambang atau tanda pengerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan,pertubuhan kelab dan persatuan dan sesuatu aktiviti. Morioka dan Adams(2004) mentakrifkan logo sbegai satu simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat atau idea. Mengikut pendapat Guitton (2006) pula, reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai konsep entity dan identitinya melalui rupagrafik, 3-dimensi yang wujud dalam kehidupan di dunia ini. Chung (2007) mengatakan bahawa logo terletak pada identitinya dan first impression dipasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakah syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka diberikan.

No comments:

Post a Comment