Tuesday 29 May 2012

PROSES DAN LANGKAH MENGHASILKAN LOGO

Proses
       Proses menghasilkan logo bergantung kepada tujuan ianya dihasilkan samada dalam bentuk logo huruf, logo simbol ataupun logo representasi. Ianya ditentukan berdasarkan kehendak sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, organisasi atau kepentingan individu. Perlu diingatkan bahawa penghasilan logo turut bergantung kepada kreativiti yang dikaitkan dengan pemahaman kepada asas seni reka (unsur seni dan prinsip rekaan). 

Langkah
Langkah pertama:
        Sebelum logo dihasilkan ialah menentukan tema atau tajuk sebelum memilih form, warna, imej atau grafik yang sesuai. Reka cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat syarikat, pertubuhan atau organisasi tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sedia ada. Maklumat asas bagi menghasilkan logo perlulah diketahui. 

Langkah kedua
        Ialah dengan mengumpul dan menghasilkan seberapa banyak idea yang boleh daripada rujukan buku, internet, majalah dan menghasilkan sketsa(draft) thumbnail reka bentuk logo ringkas. Logo yang direka bentuk hendaklah asli iaitu semua reka bentuk hendaklah asli tidak ditiru dari orang lain. Reka bentuk logo tidak boleh sama sekali dan dilarang mengandungi unsur-unsur yang boleh diaggap sensitif dari segi kaum, agama dan budaya.

Langkah ketiga
         Unsur warna yang perlu ditentukan bertujuan bagi memberikan kesan kepada imej sesuatu syarikat, organisasi atau pertubuhan yang direka bentuk. Kebanyakkan logo,pemilihan warna tidak lebih daripada 3 tetapi ianya tidak terikat hanya 3 warna sahaja. Penggunaan warna "gradient" selalu dielakkan. 

Langkah keempat
          Setelah membuat pemilihan dari lukisan draft yang terbaik, mulai membuat rekaan dengan menentukan komposisinya, reka letak dan grafik. Asas seni reka (unsur seni dan prinsip rekaan) perlu juga difikirkan. Logo yang telah dipilih hendaklah tetap "legible" apabila saiznya dibesarkan atau dikecilkan. Terutamanya apabila ianya dibuat salinan iaitu diguna semula ianya tidak berubah. Penggunaan vektor (perisian illustrator) digalakkan berbanding bitmap (photoshop).

Langkah kelima 
           Adalah proses terakhir yang perlu dilakukan terhadap huruf, imej, warna, grafik dan sebagainya. Dengan memberi maksud rasional, definisi atau pengertian setiap logo. Aplikasi dimana logo akan diletakkan seperti pada kad nama, sampul surat, surat rasmi, risalah, poster, flyer dan lain-lain. Akhirnya logo tersebut dicetak diatas kertas a4 dan ditampalkan diatas kertas tebal "mounting board" dan disimpan di dalam "soft copy".

CONTOH-CONTOH LOGO



No comments:

Post a Comment