Thursday 31 May 2012

FORMAT GRAFIK

       Ada dua fail yang utama dalam reka bentukgrafik iaitu fail bitmap (pixmap) dan fail vektor. Bitmap boleh dikenali dengan ruptitik (a grid a dot) yang sangat kecil samada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixel (zero or one). Bitmap digunakan untuk menyimpan fail imej digital. Penggunaan resolution bitmap yang rendah akan menyebabkan imej gambar yang dicetak kurang jelas (pecah).
      Fungsi vektor antaranya boleh dibesarkan dan dikecilkan, dilukis semula atau apa saje yang boleh merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometrik, organik yang berlandaskan (mathematical equations) walaupun dengan resolution yang rendah kerana fail vektor bergerak bebas. Format grafik yang kerap kita gunakan antaranya TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PICT, RIP etc.

Dpi-dots per inch
         Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau atas kertas cetak dan dots juga dikenali sebagai pixels. Resolution skrin atas komputer ialah 72 dpi, manakala mesin cetak seperti laserwritter 300 dpi dan mesin photo imagasetter boleh melenihi 2540 dpi. ppi-pixels per inch

Proof copy
        Adalah penting sekali setiap tudasan yang direka bentuk terlebih dahulu disemak sebelum dicetak dalam jumlah yang banyak. Pembetulan dan penambaikan keatas salinan (proof copy) dapat membantu pelanggan membuat pemilihan seperti yang dikehendaki.

EPSF-Encapsulated postscript file
        File ini merupakan satu imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya membenarkan data postscript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka samada dalam Macintosh atau MS-DOS atau sistem yang lain.

JPEG-Joint photographic expert group
         Piawaian keatas imej boleh dipermudahkan iaitu fle tersebut menjadi ringan (reolution yang rendah) dan mudah untuk diguna semula.

RIP-Raster imaje processor
          Satu alat yang boleh diprogramkan bagi menterjemakan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bitmap) yang digunakan untuk percetakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi file RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

TIFF-Tagged image file format
           Format file grafik ini dibangunkan oleh Aldus, Adobe dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan file bitmap yang besar. TIFF direka bentuk bagi membolehkan Macintosh dan MS-DOS menggunakannya.


No comments:

Post a Comment