Wednesday, 30 May 2012

APA DIA TAIPOGRAFI?



     Taipografi boleh dilihat disekeliling kita,signage,tiket keretapi,bas,buku masakan,laman web,bungkusan dan iklan. Apa sahaja yang kita guna dan lihat hampir semuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.
       Merujuk kepada buku yang ditulis oleh squire(2006) bertajuk `gelting it right with type` kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan diketahui dalam memahami dan mendalami apa yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi dan penggunaanya. Setiap terminologinya perlu diketahui seperti technical terminology, apa dia muka/rupa taip(type-faces) readability,kerning,letterspacling,wordspasing,leading,alignment,widows and orphans,grid,layout,paragraphs hubungan antara huruf dan imej dan lainnya.     Bagi seseorang pelajar pereka bentuk grafik(graphic designer) dan tenaga pengajar grafik mungkin ianya tidak menjadi satu kesulitan atau kepayahan untuk mempelajarinya. Tetapi jika orang yang tidak pandai(non-designer) ianya akan menjadi satu yang amat membebankan. Walaubagaimanapun,pada hari ini dengan adanya komputer semua elemen-elemen dan terminologi yang berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan,diringkaskan sehingga pada setiap perisian yang digunakan seperti word,illustrator,photoshop,indesign,flash,director ada tertera istilah-istilah yang digunapakai dalam taipografi(pop-up teks).

No comments:

Post a Comment