Wednesday, 30 May 2012

BAGAIMANA (DESIGNER) MENDAPAT IDEA

             IDEA

          Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat atau mengumpulkan idea bagi setiap tugasan atau projek yang diberi atau ditugaskan, lebih-lebih lagi sekiranya perlu dihasilkan dalam waktu yang singkat, tetapi acapkalinya dapatan idea tersebut dipengakhirannya. Pnghasilan idea pula bergantung kepada pelbagai sumber antaranya ilmu yang sedia ada (dari sekolah, IPTA, dari kawan senior) pengalaman, pembacaan, dan rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian, berfikir, berimaginasi (berkhayal) berbincang, bercerita, ujikaji, (try & error) komen, dari kawan yang bukan ahli. Senang cerita idea perlu dikorek dari minda dan terus jari-jemari. Walaubagaimanapun sekalipun idea tersebut tetap ada cuma yang membezakannya ialah adakah ianya yang terbaik atau sebaliknya seperti yang dikehendaki.
         Menurut Philips, JC dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basics, menyatakan bahawa perlunya ada sempadan di antara penggunaan komputer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kreativiti dan percambahan fikiran. Tidak dinafikan elemen kreativiti menjadi kayu ukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa sahaja media yang digunakan, secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual. Ini adalah kerana bagi setiap tugasan persembahannya berbeza seperti brochure, flyer, newsletter & booklets begitu juga dengan business card, personal card, letter head, envelope, certificate, folder, tag. Manakala bagi format yang besar seperti banner, bunting, backdrop, signage, poster, sticker ternyata berbeza tugasan yang kita persembahkan.
            Menurut Ambrose & Harris (2008) design by its nature is a versatile and creative discpline, but designers will often find themselves working with in defined boundaries, such as standard paper sizes, measurement systems and grids. These are the basic building blocks that help to give structure to a job, and a firm grasp of such fundamental concepts is crusial to good design.
           Bidang kerja studio reka bentuk grafik tidak akan terlepas daripa penggunaan piawaian ukuran metrik yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Yang mana adakalanya kita perlu membuat samada follow the rules or breaking the rules. Hari ini pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada satu ketika dahulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebi astrak atau simbolik, tertumanya penggunaan teks dan imej.
         Apabila melihat kepada penggunaan warna, satu ketika dahulu warna yang digunakan agak terhad dan tidak begitu menyerlah dan tidak dititik beratkan. Warna yang pelbagai, samada CYMK, RGB, pantone color, menjadi begitu penting pada hari ini dan tidak akan dilupakan dengan melihat atau merujuk kepada bagaimana proses warna dihasilkan atau dari carta warna. Warna emas, perak menjadi satu kepastian bagi melahirkan tingginya nilai warna yang diguna pakai banyak memberi kesan kepada si pembaca atau si pengguna.   


WHAT `S THE IDEA

1-The is no magic formula for what constitutes a good idea
2-In any pieceof design, everything should have a reason
   for being
3-Every ideas has to come from somewhere
4-Designers mut be open-minded and allow
   their imaginations












No comments:

Post a Comment