Apa dia reka bentuk grafik? kepada siapa kita nak bertanyakan soalan ini? adakah perlu kita mencari jawapannya? bagaimana jawapannya? hari ini ada pelbagai jenis jawapan dan definisi yang diberikan oleh ahli-ahli akademik mahupun pereka bentuk tentang apa dia sebenarnya reka bentuk grafik.
Dari dulu hingga sekarang, saya kerap menyebut perkataan grafik atau grahic design dalam memahami dan memperkatakan tentang perkara yang hendak dibincangkan dalam buku ini. Menurut Resnick (2003) graphic design the most ubiquitous of all the art forms since it can be found everywhere and anywhere-in our homes in the restaurant we frequent, on the streets we walk, on the highways we drive in the movies and theaters we attend and in every shop we enter.. Apa lagi yang tinggal?
Tidak dinafikan bahawa samada dari media cetak atau media elektronik item reka bentuk grafik telah dan akan terus digunapakai dan diletakkan pada suatu tahap yang mana ianya akan menjadi satu keperluan sampai bila-bila (unstopable) oleh setiap pengguna tanpa mengira peringkat umur, jantina atau bangsa. Logo dan branding, laman web, penerbitan (majalah, risalah, surat khabar dan buku) iklan, tv, handphone, dan produk pembungkusan adalah antara pengaplikasian reka bentuk grafik. Pergi sahaja ke Mcdonald, KFC, Burger King atau k3 KLCC ada saja kelihatannya penggunaan grafik.
PROSES REKA BENTUK GRAFIK
Grafik adalah satu proses yang berterusan-ianya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer) grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang dihasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.
Landa (1996) dalam memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama, ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk, menurut beliau perkara yang utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Diantara langkah- langkah yang dicadangkan ialah
i) restart the problem in your own words
ii) do any research that needs to be done
iii) think with your pencil or mouse in your hand
iv) choose your three best thumbnail skeches and turn
them into roughs and
v) choose your best rough and turn it into a comp
Berlainan sedikit dengan Resnick (2003) beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat iaitu
i) define the problem and establish the objectives
ii) do the research
iii) develop the ideas by brainstorming
iv) analyze ideas in terms of the project objective
v) implement the final
Manakala Victor Cheung dalam bukunya yang bertajuk LogoLogy menyatakan tentang case studies (tugasan) dibahagikan kepada empat bahagian: assigment, (the background of the specific project) development (from research to concept) solution (what the final outcome is) and application (as simple as it may seem for the last part)
Kesimpulannya, kita akan dapati bahawa proses reka bentuk tidaklah mudah seperti yang disangka, walaupun sudah ada mouse dan pensil ditangan unless kiranya kita nak buat plagiaram. Sebenarnya kita berkehendakkan sesuatu yang excellent dan berkesan. Ikut saja apa yang telah disyorkan kerana mereka (designer) telah melaluinya dengan pengalaman yang bukan sedikit.
No comments:
Post a Comment