Maksud taipografi pada asalnya ialah the arts of designing printed products according to aesthetic criteria. Perkataan tersebut berasal dari bahasa Greek dan bermula daripa typos(impression) dan graphien (to write) -Heildelberg News 1/98 volume 55.
Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama,taipografi sebagai `the use of different styles of type to express ideas,concepts and design. Resnick(2003) pula berpendapat bahawa typography is the art of designing with type. Type is the term used for the letters in the alphabet the numbers and the punctuation marks that make words,sentences, and blocks of text. The terms typeface refer to the design of all the characters mentioned above, unifield by common visual element. Muka taip lebih dikenali dengan elemen-elemen seperti bold,italic dan saiznya.
Manakala Meggs et al.(19993) menyatakan bahawa the invection of typograhy has been called the beginning of the industrial revolution. Landa (1996) merujuk kepada penggunaan komputer yang memberi penekanan kepada terutamanya komunikasi visual. Memang tidak dinafikan bahawa tipografi memberi impak yang sangat besar kepada industri percetakan dan hampir semua media cetak telah berubah dari era konvensional(platen -style)kepada era digital
Hari ini taipografi lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen seperti huruf,teks,fon,imej,warna atau hitam putih tetapi ianya perlu dilihat dari sudut bagaimana ianya berfungsi dan peranannya sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik,pembungkusan atau identiti korporat mahupun multimedia. Elemen-elemen yang tidak boleh tidak diketahui antaranya anatomi,leading,kerning,pica,point,fon,readability dan legibility. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut boleh diabaikan apabila di manipulasikan atau diaplikasikan keatas kertas atau di skrin komputer.
Jury(2004) memperkatakan tentang penggunaan taipografi dalam teknologi digital percetakan `rules can be broken, but never ignored. Ini adalah kerana tujuan cetakan huruf atau perkataan supaya ianya boleh dibaca. Taipografi mempunyai hubungkaitnya dengan percetakan, malahan diperingkat awlnya bermula di German dan tidak dilupakan di negara China.
Dalam kehidupan harian kita akan dapati bahawa pada setiap waktu dan ketika tempat dan peristiwa apa yang kita lihat,sentuh,begitu juga dengan produk komunikasi seperti blog, facebook,yahoo messenger ataupun laman web,setem,poskad,poster, signboard,iklan logo filem dan pembungkusan tidak akan terlepas daripada elemen taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaannya.
Taipografi dalam era media baru pula menjadi perantara dan mainan dalam komunikasi dan penulisan dengan adanya sms, mms, twitter. Tidak dinafikan, bahawa taipografi menjadi sangat penting dan begitu popular dikalangan generasi-x dewasa ini. Tanpa taipografi, semua yang disebut di atas menjadi sukar dalam pelaksanaanya.
No comments:
Post a Comment