Thursday, 31 May 2012

Tugasan 5- Brochue

 BROUCHE            
   


1) Tugasan ini menggunakan software Adobe Indesign
2)  Kami sekelas sebulat suara memilih (kasut) sebagai subject matter untuk tugasan ini
3) Saya menggunakan nama syarikat Al Ikhsan untuk tugasan ini
4) Saya menggunakan (warehouse Sales) untuk menarik minat lagi tentang
    tugasan ini.


Tugasan 4-Pembungkusan

                                                   Pembungkusan (PACKAGING)

  
                                          
                                           

1) Tugasan ini menggunakan software Adobe illustrator dan Adobe Photoshop
2) Hasil kajian tentang tugasan yang diberi, saya membuat keputusan membuat
    `packaging` produk Keropok Keping
3) Saya menggunakan logo `shafiz keropok` di packaging ini
4) Untuk melengkapkan lagi packaging ini, saya meletakkan tanda logo halal
    logo buatan malaysia, tarikh luput dan lain-lain
















Tugasan-3 (DUOTE)

                                                                 (DUOTE) Taipografi


1) Tugasan ini dilakukan dalam kelas pada 20/4/2012 pada hari jumaat
2) Tugasan ini berlangsung selama 2jam dan diawasi oleh pensyarah saya
    iaitu Dr Ridzuan Hussin
3) Tugasan ini menggunakan software Adobe illustrator dan tugasannya membuat
    taipografi
4) Perkataannya diberi oleh Dr, dan saya mengolahnya menjadi seperti diatas

Tugasan 2- Reka Bentuk Poster Pasar

                                           
                                             
                                                      Reka Bentuk Poster (Photo-Studies)





1) Tugasan ini menggunakan software Adobe Photoshop
2) Lokasi gambar ini adalah di Pasar Malam `Tanjung Malim`
3) Untuk mendapat gambar lebih jelas dan untuk tugasan berjalan
   lancar, saya menggunakan kamera DSLR
4) Dengan pertolongan kawan-kawan saya dapat menyiapkan tugasan ini


Tugasan 1 - Reka Bentuk Iklan

                                         Reka bentuk iklan (self-potrait)


1) Tugasan ini mengunakan sotware Adobe photoshop
2) Hasil kajian dan pendapat dari kawan-kawan dapat juga saya menyiapkan  tugasan ini     
3) Lokasi gambar ini di bangunan PERPUSTAKAAN UPSI
4) Tugasan ini mempromosikan upsi dan saya menggunakan `Gedung Ilmu
     Pendidik sebagai tema saya.



                                                

FORMAT GRAFIK

       Ada dua fail yang utama dalam reka bentukgrafik iaitu fail bitmap (pixmap) dan fail vektor. Bitmap boleh dikenali dengan ruptitik (a grid a dot) yang sangat kecil samada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixel (zero or one). Bitmap digunakan untuk menyimpan fail imej digital. Penggunaan resolution bitmap yang rendah akan menyebabkan imej gambar yang dicetak kurang jelas (pecah).
      Fungsi vektor antaranya boleh dibesarkan dan dikecilkan, dilukis semula atau apa saje yang boleh merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometrik, organik yang berlandaskan (mathematical equations) walaupun dengan resolution yang rendah kerana fail vektor bergerak bebas. Format grafik yang kerap kita gunakan antaranya TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PICT, RIP etc.

Dpi-dots per inch
         Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau atas kertas cetak dan dots juga dikenali sebagai pixels. Resolution skrin atas komputer ialah 72 dpi, manakala mesin cetak seperti laserwritter 300 dpi dan mesin photo imagasetter boleh melenihi 2540 dpi. ppi-pixels per inch

Proof copy
        Adalah penting sekali setiap tudasan yang direka bentuk terlebih dahulu disemak sebelum dicetak dalam jumlah yang banyak. Pembetulan dan penambaikan keatas salinan (proof copy) dapat membantu pelanggan membuat pemilihan seperti yang dikehendaki.

EPSF-Encapsulated postscript file
        File ini merupakan satu imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ianya membenarkan data postscript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka samada dalam Macintosh atau MS-DOS atau sistem yang lain.

JPEG-Joint photographic expert group
         Piawaian keatas imej boleh dipermudahkan iaitu fle tersebut menjadi ringan (reolution yang rendah) dan mudah untuk diguna semula.

RIP-Raster imaje processor
          Satu alat yang boleh diprogramkan bagi menterjemakan arahan yang terdapat dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bitmap) yang digunakan untuk percetakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi file RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

TIFF-Tagged image file format
           Format file grafik ini dibangunkan oleh Aldus, Adobe dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan file bitmap yang besar. TIFF direka bentuk bagi membolehkan Macintosh dan MS-DOS menggunakannya.


REKA BENTUK GRAFIK









        Apa dia reka bentuk grafik? kepada siapa kita nak bertanyakan soalan ini? adakah perlu kita mencari jawapannya? bagaimana jawapannya? hari ini ada pelbagai jenis jawapan dan definisi yang diberikan oleh ahli-ahli akademik mahupun pereka bentuk tentang apa dia sebenarnya reka bentuk grafik.
           Dari dulu hingga sekarang, saya kerap menyebut perkataan grafik atau grahic design dalam memahami dan memperkatakan tentang perkara yang hendak dibincangkan dalam buku ini. Menurut Resnick (2003) graphic design the most ubiquitous of all the art forms since it can be found everywhere and anywhere-in our homes in the restaurant we frequent, on the streets we walk, on the highways we drive in the movies and theaters we attend and in every shop we enter.. Apa lagi yang tinggal?
          Tidak dinafikan bahawa samada dari media cetak atau media elektronik item reka bentuk grafik telah dan akan terus digunapakai dan diletakkan pada suatu tahap yang mana ianya akan menjadi satu keperluan sampai bila-bila (unstopable) oleh setiap pengguna tanpa mengira peringkat umur, jantina atau bangsa. Logo dan branding, laman web, penerbitan (majalah, risalah, surat khabar dan buku) iklan, tv, handphone, dan produk pembungkusan adalah antara pengaplikasian reka bentuk grafik. Pergi sahaja ke Mcdonald, KFC, Burger King atau k3 KLCC ada saja kelihatannya penggunaan grafik.
         

        PROSES REKA BENTUK GRAFIK

        Grafik adalah satu proses yang berterusan-ianya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer) grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang dihasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.
       Landa (1996) dalam memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama, ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk, menurut beliau perkara yang utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Diantara langkah- langkah yang dicadangkan ialah 
i) restart the problem in your own words
ii) do any research that needs to be done
iii) think with your pencil or mouse in your hand
iv) choose your three best thumbnail skeches and turn
     them into roughs and
v) choose your best rough and turn it into a comp 
        
        Berlainan sedikit dengan Resnick (2003) beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat iaitu
   i) define the problem and establish the objectives
   ii) do the research
   iii) develop the ideas by brainstorming
   iv) analyze ideas in terms of the project objective
   v) implement the final 
        
      Manakala Victor Cheung dalam bukunya yang bertajuk LogoLogy menyatakan tentang case studies (tugasan) dibahagikan kepada empat bahagian: assigment, (the background of the specific project) development (from research to concept) solution (what the final outcome is) and application (as simple as it may seem for the last part) 
       Kesimpulannya, kita akan dapati bahawa proses reka bentuk tidaklah mudah seperti yang disangka, walaupun sudah ada mouse dan pensil ditangan unless kiranya kita nak buat plagiaram. Sebenarnya kita berkehendakkan sesuatu yang excellent dan berkesan. Ikut saja apa yang telah disyorkan kerana mereka (designer) telah melaluinya dengan pengalaman yang bukan sedikit.









Wednesday, 30 May 2012

BAGAIMANA (DESIGNER) MENDAPAT IDEA

             IDEA

          Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat atau mengumpulkan idea bagi setiap tugasan atau projek yang diberi atau ditugaskan, lebih-lebih lagi sekiranya perlu dihasilkan dalam waktu yang singkat, tetapi acapkalinya dapatan idea tersebut dipengakhirannya. Pnghasilan idea pula bergantung kepada pelbagai sumber antaranya ilmu yang sedia ada (dari sekolah, IPTA, dari kawan senior) pengalaman, pembacaan, dan rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian, berfikir, berimaginasi (berkhayal) berbincang, bercerita, ujikaji, (try & error) komen, dari kawan yang bukan ahli. Senang cerita idea perlu dikorek dari minda dan terus jari-jemari. Walaubagaimanapun sekalipun idea tersebut tetap ada cuma yang membezakannya ialah adakah ianya yang terbaik atau sebaliknya seperti yang dikehendaki.
         Menurut Philips, JC dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basics, menyatakan bahawa perlunya ada sempadan di antara penggunaan komputer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kreativiti dan percambahan fikiran. Tidak dinafikan elemen kreativiti menjadi kayu ukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa sahaja media yang digunakan, secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual. Ini adalah kerana bagi setiap tugasan persembahannya berbeza seperti brochure, flyer, newsletter & booklets begitu juga dengan business card, personal card, letter head, envelope, certificate, folder, tag. Manakala bagi format yang besar seperti banner, bunting, backdrop, signage, poster, sticker ternyata berbeza tugasan yang kita persembahkan.
            Menurut Ambrose & Harris (2008) design by its nature is a versatile and creative discpline, but designers will often find themselves working with in defined boundaries, such as standard paper sizes, measurement systems and grids. These are the basic building blocks that help to give structure to a job, and a firm grasp of such fundamental concepts is crusial to good design.
           Bidang kerja studio reka bentuk grafik tidak akan terlepas daripa penggunaan piawaian ukuran metrik yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Yang mana adakalanya kita perlu membuat samada follow the rules or breaking the rules. Hari ini pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada satu ketika dahulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebi astrak atau simbolik, tertumanya penggunaan teks dan imej.
         Apabila melihat kepada penggunaan warna, satu ketika dahulu warna yang digunakan agak terhad dan tidak begitu menyerlah dan tidak dititik beratkan. Warna yang pelbagai, samada CYMK, RGB, pantone color, menjadi begitu penting pada hari ini dan tidak akan dilupakan dengan melihat atau merujuk kepada bagaimana proses warna dihasilkan atau dari carta warna. Warna emas, perak menjadi satu kepastian bagi melahirkan tingginya nilai warna yang diguna pakai banyak memberi kesan kepada si pembaca atau si pengguna.   


WHAT `S THE IDEA

1-The is no magic formula for what constitutes a good idea
2-In any pieceof design, everything should have a reason
   for being
3-Every ideas has to come from somewhere
4-Designers mut be open-minded and allow
   their imaginations












PROSES REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN

       Proses reka bentuk pembungkusan adalah merupakan satu proses  yang memerlukan pendekatan yang  agak rumit dan teliti, supaya ianya dapat menghasilkan satu reka bentuk yang baik serta berkesan ,    
persoalannya di mana mulanya? pada hakikatnya tiada tips atau jalan pintas yang boleh membantu kecuali dengan mencuba dan terus mencuba yang bermula dengan beberapa lakaran draft atau thumbnail sketches.
       Bagi mereka yang agak mahir dengan perisian illustrator atau adobe photoshop- langkah pertama yang dilakukan kemungkinan besar bermula dengan imej atau gambar yang diimport dari laman web atau imej folder
yang sediada. Jika tidak, lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage. Walaubagaimanapun, idea bagi setiap orang berbeza-beza  , tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mengambil idea dari reka  bentuk yang sediada atau yang berkaitan  dengan subject matter yang hendak dihasilkan.
       Hari ini kita boleh mengakses informasi pengetahuan yang tanpa had dari laman web berkaitan dengan apa sahaja tentang pembungkusan, sebut sahaja kita - boleh capai. Tetapi ada kalanya kita tidak ada masa untuk semua itu, jalan pintas (lebih kurang sajalah) selalu diambil kira dan mengharapkan bahawa akan terhasil (berlaku) satu reka bentuk yang boleh dibanggakan dan kerapkalinya ia tidak berlaku. Bagaimana pula dengan -stategi pemasaran, branding, iklan, dan lain-lain.
      Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh anda? hisap rok...? pergi minum tea tarik dulu? intai-intai kaean sebelah punya design? atau upah orang tolong buatkan, nanti bayar le bila ada duit. Atau pergi tidur dulu......
memang tak dinafikan kita pernah melakukan semua ini, tapi rasanya tidak semua orang.
      Seronoknya rasanya kalau kita dapat sentuhan yang pertama dalam mereka bentuk apa sahaja tugasan yang diberikan, kerana bukanlah mudah untuk mendapatkan idea yang boleh memenuhi kesemua spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak tertentu. Kesimpulannya dapat kita nyatakan disini, bahawa proses mereka bentuk sesebuah pembungkusan perlulah ada satu strategi yang dapat memberikan input sebelum memberikan output.


Penghasilan Bungkusan
         Menurut Aducci & Keller (2008) terdapat empat kriteria utama bagi sesebuah bungkusan itu berjaya iaitu berlandaskan kepada faktor-faktor seperti berikut: identification, functionality, personality, dan navigation. Identification merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka membelinya dan ianya menjadi asas kepada mereka bentuk bungkusan. Persoalan yang selalu dikaji ialah, apakah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna setiap kali melihat produk diatas rak jualan? rupa, logo, warna, tanda harga, bahan yang diguna pakai, imej,
teks atau peratus diskaun yang dipamerkan oleh penjual.
        Faktor kedua yang perlu diketahui ialah functionalham Bagi setiap produk yang dibeli, para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi. Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat keinginan mereka untuk mereka untuk membeli. Walaubagaimanapun, tahap kefahaman pengguna menggunakan produk tersebut menjadi pilihan utama samada ianya mudah atau suka difahami
      Manakala, personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang direka bentuk keatas produk bungkusan berkesan, menarik, serta memberi impak taktala melihat kali pertama dan berfungsi fidengan baik? maksudnya yang mudah ialah berjayakah reka bentuk pembungkusan mempengaruhi cita rasa pengguna untuk membeli? pada tahap ini,konsistensi (kekerapan membeli) dalam mempengaruhi pembeli membeli produk yang sama menjadi agenda yang utama. Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian lebih dari sejuta pembeli tidak akn tercapai.
       Akhir sekali ialah faktor navigation yang merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari dimana memperolehi produk yang dijual. Faktor ini sama seperti faktor identification yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada taipografi, warna, patterns, huruf, rupa dan item lain yang berkaitan dengan maklumat yang perlu ada dalam mereka bentuk bungkusan.
      Ternyata bahawa keempat-empat faktor yang dinyatakan di atas dapat membantu pereka bentuk dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang baik, sesuai, menarik dan berkesan.

CONTOH-CONTOH PACKAGING












PACKAGING

         Tugasan Reka Bentuk Pembungkusan(tuck-end carton)

       Pembungkusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan, confectionery, hadiah, cecair, ubat-ubatan, proses pemindahan, pameran, dan lain-lain. Bahan yang digunakan sebagai pembungkusan antaranya seperti :carton board, corrugated cardboard, plastik , multimaterial, dan waterproof board.
     Anda dikehendaki mereka bentuk bungkusan (kotak) yang berupakan samada makanan, coklat, biskut, gula-gula, peralatan wanita atau lelaki etc. reka bentuk anda perlu memasukkan perkara berikut: logo& alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto/tema, nama produk tersebut, teks dan imej reka bentuk yang dipilih.
      Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan, di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon:2d atau 3d dan saiz) pemilihan dan kesesuaian warna dan grafikserta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo dan alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut. 

Kriteria utama pembungkusan
Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila diletakkan diatas ruang pamran untuk jualan ianya secara langsung bersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain disebelahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas, bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan dipasaran. Objektif utama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesebuah pembungkusan antaranya :
* menjadikan ia boleh berfungsi
* mengkaji bahan yang digunakan dalam proses pembinaan
* memahami konsep guna semula atau kitar semula
* tidak menagabaikan masalah dalam mereka bentuk kedu-dua jenis pembungkusan secara 2-Dimensi atau 3-Dimensi
*Mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap bahagian bungkusan
*mereka bentuk pembungkusan supaya ianya nampak menarik kepada pengguna dan dari sudut estetiknya.
*membuat kajian bungkusan jenama lain
*mereka bentuk pembungkusan yang menyerlah dan tersendiri
*penggunaan warna yang sesuai
*kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan
*to make  it work with a larger visual identity system(if applicable)
*to ensure lgibility and clarity
*to consider it will be seen in multiples when on display
*to express the spirit or personality of the product and company or store
*to identity its manufacturer, product name, contents, weight and provide any other pertinent information.    



TAIPOGRAFI SEBAGAI IMEJ


       Penggunaan taipografi melalui huruf, nombor dan simbol samada dari bahasa melayu, china, india, siam, dan bahasa lain boleh menghasilkan imej yang membawa pengertian kepada maklumat, idea, simbol yang hendak disampaikan. Kreativiti dan imaginasi dalam menggabungkan, memanipulasi dan mengubahsuai setiap huruf atau nombor memerlukan penyusunan yang teratur. Menurut Resnik(2003) letterforms can be altered and manipulated to become both the imagine and a message. Menurut beliau lagi typography is a visual graphic language when it is used creativity and expressively and a verbal written language when it is combined with an image. Menurut Stoklossa(2005) imej dan huruf mempunyai hubungan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Reka bentuk imej dan huruf sangat luas penggunaanya dan keberkesanannya amatlah mengkagumkan.  

DEFINISI TAIPOGRAFI


       Menurut sguire(2006) typography is the mechanical arrangement and organization of written words in such a way as to facilitate communication of the content. Squire menekankan kepada konteks komunikasi dalam menyampaikan maklumat dalam taipografi. Berbeza dengan pendapat Haslam & Baines(2005)yang memberikan definisi taipografi sebagai `typography is the mechanical notation and arrangement of languages used to make multiple copies,whether by printed or electronic means` Manakala, Hassan(1999) pula mendefinisikan taipografi sebagai seni memilih dan mengatur huruf. Menurut Morioka et al.(2006) typography is picture or word
       Maksud taipografi pada asalnya ialah the arts of designing printed products according to aesthetic criteria. Perkataan tersebut berasal dari bahasa Greek dan bermula daripa typos(impression) dan graphien (to write) -Heildelberg News 1/98 volume 55.
     Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama,taipografi sebagai `the use of different styles of type to express ideas,concepts and design. Resnick(2003) pula berpendapat bahawa typography is the art of designing with type. Type is the term used for the letters in the alphabet the numbers and the punctuation marks that make words,sentences, and blocks of text. The terms typeface refer to the design of all the characters mentioned above, unifield by common visual element. Muka taip lebih dikenali dengan elemen-elemen seperti bold,italic dan saiznya. 
      Manakala Meggs et al.(19993) menyatakan bahawa the invection of typograhy has been called the beginning of the industrial revolution. Landa (1996) merujuk kepada penggunaan komputer yang memberi penekanan kepada terutamanya komunikasi visual. Memang tidak dinafikan bahawa tipografi memberi impak yang sangat besar kepada industri percetakan dan hampir semua media cetak telah berubah dari era konvensional(platen -style)kepada era digital
      Hari ini taipografi lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen seperti huruf,teks,fon,imej,warna atau hitam putih tetapi ianya perlu dilihat dari sudut bagaimana ianya berfungsi dan peranannya sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik,pembungkusan atau identiti korporat mahupun multimedia. Elemen-elemen yang tidak boleh tidak diketahui antaranya anatomi,leading,kerning,pica,point,fon,readability dan legibility. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut boleh diabaikan apabila di manipulasikan atau diaplikasikan keatas kertas atau di skrin komputer.
       Jury(2004) memperkatakan tentang penggunaan taipografi dalam teknologi digital percetakan `rules can be broken, but never ignored. Ini adalah kerana tujuan cetakan huruf atau perkataan supaya ianya boleh dibaca. Taipografi mempunyai hubungkaitnya dengan percetakan, malahan diperingkat awlnya bermula di German dan tidak dilupakan di negara China.
      Dalam kehidupan harian kita akan dapati bahawa pada setiap waktu dan ketika tempat dan peristiwa apa yang kita lihat,sentuh,begitu juga dengan produk komunikasi seperti blog, facebook,yahoo messenger ataupun laman web,setem,poskad,poster, signboard,iklan logo  filem dan pembungkusan tidak akan terlepas daripada elemen taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaannya. 
     Taipografi dalam era media baru pula menjadi perantara dan mainan dalam komunikasi dan penulisan dengan adanya sms, mms, twitter. Tidak dinafikan, bahawa taipografi menjadi sangat penting dan begitu popular dikalangan generasi-x dewasa ini. Tanpa taipografi, semua yang disebut di atas menjadi sukar dalam pelaksanaanya.
 

CONTOH-CONTOH TYPO



  
















































APA DIA TAIPOGRAFI?



     Taipografi boleh dilihat disekeliling kita,signage,tiket keretapi,bas,buku masakan,laman web,bungkusan dan iklan. Apa sahaja yang kita guna dan lihat hampir semuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.
       Merujuk kepada buku yang ditulis oleh squire(2006) bertajuk `gelting it right with type` kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan diketahui dalam memahami dan mendalami apa yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi dan penggunaanya. Setiap terminologinya perlu diketahui seperti technical terminology, apa dia muka/rupa taip(type-faces) readability,kerning,letterspacling,wordspasing,leading,alignment,widows and orphans,grid,layout,paragraphs hubungan antara huruf dan imej dan lainnya.     Bagi seseorang pelajar pereka bentuk grafik(graphic designer) dan tenaga pengajar grafik mungkin ianya tidak menjadi satu kesulitan atau kepayahan untuk mempelajarinya. Tetapi jika orang yang tidak pandai(non-designer) ianya akan menjadi satu yang amat membebankan. Walaubagaimanapun,pada hari ini dengan adanya komputer semua elemen-elemen dan terminologi yang berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan,diringkaskan sehingga pada setiap perisian yang digunakan seperti word,illustrator,photoshop,indesign,flash,director ada tertera istilah-istilah yang digunapakai dalam taipografi(pop-up teks).

Tuesday, 29 May 2012

TAKRIF ISTILAH LOGO

            Menurut Levenson(1995) logo ialah `a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identify a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material`. Pimentel(1997)pula menyatakan reka bentuk logo `provide a quick visual short hand for all the meaning, associations and equity associated with a brand`. Hassan Mohd Ghazali(2000) pula menyatakan logo ialah lambang atau tanda pengerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan,pertubuhan kelab dan persatuan dan sesuatu aktiviti. Morioka dan Adams(2004) mentakrifkan logo sbegai satu simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat atau idea. Mengikut pendapat Guitton (2006) pula, reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai konsep entity dan identitinya melalui rupagrafik, 3-dimensi yang wujud dalam kehidupan di dunia ini. Chung (2007) mengatakan bahawa logo terletak pada identitinya dan first impression dipasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakah syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka diberikan.

PROSES DAN LANGKAH MENGHASILKAN LOGO

Proses
       Proses menghasilkan logo bergantung kepada tujuan ianya dihasilkan samada dalam bentuk logo huruf, logo simbol ataupun logo representasi. Ianya ditentukan berdasarkan kehendak sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, organisasi atau kepentingan individu. Perlu diingatkan bahawa penghasilan logo turut bergantung kepada kreativiti yang dikaitkan dengan pemahaman kepada asas seni reka (unsur seni dan prinsip rekaan). 

Langkah
Langkah pertama:
        Sebelum logo dihasilkan ialah menentukan tema atau tajuk sebelum memilih form, warna, imej atau grafik yang sesuai. Reka cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat syarikat, pertubuhan atau organisasi tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sedia ada. Maklumat asas bagi menghasilkan logo perlulah diketahui. 

Langkah kedua
        Ialah dengan mengumpul dan menghasilkan seberapa banyak idea yang boleh daripada rujukan buku, internet, majalah dan menghasilkan sketsa(draft) thumbnail reka bentuk logo ringkas. Logo yang direka bentuk hendaklah asli iaitu semua reka bentuk hendaklah asli tidak ditiru dari orang lain. Reka bentuk logo tidak boleh sama sekali dan dilarang mengandungi unsur-unsur yang boleh diaggap sensitif dari segi kaum, agama dan budaya.

Langkah ketiga
         Unsur warna yang perlu ditentukan bertujuan bagi memberikan kesan kepada imej sesuatu syarikat, organisasi atau pertubuhan yang direka bentuk. Kebanyakkan logo,pemilihan warna tidak lebih daripada 3 tetapi ianya tidak terikat hanya 3 warna sahaja. Penggunaan warna "gradient" selalu dielakkan. 

Langkah keempat
          Setelah membuat pemilihan dari lukisan draft yang terbaik, mulai membuat rekaan dengan menentukan komposisinya, reka letak dan grafik. Asas seni reka (unsur seni dan prinsip rekaan) perlu juga difikirkan. Logo yang telah dipilih hendaklah tetap "legible" apabila saiznya dibesarkan atau dikecilkan. Terutamanya apabila ianya dibuat salinan iaitu diguna semula ianya tidak berubah. Penggunaan vektor (perisian illustrator) digalakkan berbanding bitmap (photoshop).

Langkah kelima 
           Adalah proses terakhir yang perlu dilakukan terhadap huruf, imej, warna, grafik dan sebagainya. Dengan memberi maksud rasional, definisi atau pengertian setiap logo. Aplikasi dimana logo akan diletakkan seperti pada kad nama, sampul surat, surat rasmi, risalah, poster, flyer dan lain-lain. Akhirnya logo tersebut dicetak diatas kertas a4 dan ditampalkan diatas kertas tebal "mounting board" dan disimpan di dalam "soft copy".

CONTOH-CONTOH LOGO



JENIS-JENIS LOGO

Logo Huruf
              Logo huruf atau logo tipografi menggunakan fon atau muka taip bagi menghasilkan identiti korporat atau trademark berbentuk imej logo. Logo huruf berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (initials). Pendekatan typografi perlu dimasukkan unsur grafik seperti (garisan, imej, rupa organik atau geometrik, warna) di dalam kandungan logo bagi memperkembangkan lagi identitinya


Logo Simbol
               Logo simbol memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identtinya berbandingan dengan logo representasi (logo diskriptif). Terutamanya dalam penambahan unsur-unsur figura (rupa: organik, geometrik atau abstrak dan bentuk: 2-dimensi atau 3-dimensi).

Logo Representasi
            Logo reprentasi atau dikenali dengan descriptive marks menggunakan imej visualy yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk atau perkhidmatan pelanggan.

Logo Ambigram
           An ambigram is a tyographical design or artform that may be read as one or more words not only in its form as presented, but also from another viewpoint, direction or orientation. The words readable in the other viewpoint, direction or orientation may be the same or different from original words. Douglas R. Hofstadter describes an ambigram as a "calligraphic design that manages to squeeze two different readings into the selfsame set of curves. "Different ambigram artists (sometimes called ambigramists) may create completely different ambigrams from the same word or words,differing in both style and form daripada http://en.wikipedia.org/wiki/ambigram

LOGO

       Logo ialah lambang atau tanda identiti(trademark) berbentuk 2-dimensi atau 3-dimensi,warna atau monokron,geometri atau organik,tipografi,abstrak bagi mewakili identiti korporat sesebuah syarikat,produk dan perkhidmatan. Logo terbahagi kepada empat jenis logo huruf,logo simbol,logo representasi dan logo ambigram.